Wah, tajuk entry tamo kalah! mau gempak jugak T_T
Back to story, sebenarnya dah lama I makan kuih yang akan disiarkan sebentar lagi.. siyes memang sedap! rasanya manisssss!! *jakun je kann*
Kuih ni macam ala-ala snack edisi Malaya gitu.. sesuai ditelan oleh kanak tapi bayi tak bleh sbb mereka kurang gigi untuk penghadaman. Jadi bayi kau duduk situ diam-diam. Heppp!!!
Hari tu ada la puan emak cuba buat dengan edisi PEDAS.. tapi tak berapa jadi..kuih sangat hancur dah macam mamee.. T_T lastly kami adik beradik makan begitu sahaja tanpa dapat menikmatinya seperti sebiji kuih. Ala bedal je lah bukan I yang buat pown..kehcoh! ;p
Dah asyik membebel je.. ni la rupa kuih yang digembar-gemburkan:-
Bepang Bihun beraksi..
Ok, ni resepi untuk buat kuih diatas. Sila rajin salin:-
Bahan-bahan:
1 kg minyak masak
500 gm bihun
400 gm gula merah
200 gm air
Cara-cara:
Goreng bihun sedikit demi sedikit dengan minyak yang panas
Masakkan air bersama gula merah sehingga berbuih (dalam kuali lain)
Masukkan bihun yang telah digoreng dan kacau sebati
Then, terus masukkan dalam acuan dengan segera! (acuan tu kalau dalam loyang pun ok jugak)
Bolehlah dipotong dan simpan dalam bekas supaya tak masuk angin
Ok, itu dia resepinya.. Happy Cooking everyone! :D
Sumber: resepitarifah.blogspot.com
wah..bole la bawak g opis..hehe
ReplyDeletehee..kena try test dulu kak rozi..agak2 tak hancur tu..boleh le bwk.. kalo tak jadi, ada je lah org tu (ya dihdpn bilik sy) nak komen ;p
ReplyDelete