Sunday, January 16, 2011

Kek Kukus Lembap Bulan

Hissshh this time konfiden giler nak post ni sebab first time in history buat kek jadi lembap! sebelum ni kering giler sumpah tak ngaku kek sendiri T_T

I ialah bersengkang mata membuat ujikaji kek ni dengan mengukus beliau dalam pengukus dan menjaga api dengan tekun. Dari jam 2.30 - 4 am bertungkus lumus dan bila beliau keluar dari pengukus itu, beliau kelihatan sungguh segak (siyes hati debar-debar gila nak tengok rupa bentuk dia) (V_V)



skang dah tau kan kenapa 'bulan'.. ok sadap tak payah cakap lagi :B

yahhhh hensem kau dalam pinggan!

Semua kejadian rajin di pagi sepie ni sebab I tengok blog Hana's Family dan resepi Kek Coklat Kukus telah menambat serera-kuh! Memang simple dan senang resepinya. Sangat digalakkan mencuba ya puan-puan sebab disamping dapat bersenam tangan mengayak tepung, dapat juga menambah saiz pinggang kitewwww :p

Ok, enjoy viewing this blog dan jangan takut mencuba ya! Adios~

Asam Pedas Keladi

Hoooooo entry ni adalah entry istimewa sebab ia merupakan resepi emak-kuh! ok ok untuk makluman sejagat, blog ini bukan sahaja akan memuatnaikkan masakan yang I buat, tapi oso my mum! hehe :B

Ok, resepi Asam Pedas Keladi ni adalah dari my mum sendiri. I memang tak cari kat internet ke apa.. semua dalam emak I punya memori :) kira I owe her for this recipe!

Buatnya memang sempoi ah sebab I tengok my mum campak-campak je bahan dalam periuk dan dah jadi asam pedas (sumpah kalau i terhegeh-hegeh tengok buku)

Ini rupa paras asam pedas itu. Nampak cam biasa je kan.. tapi siyes memang menyererakan! (V_V)

tadaaaa!!! cik asam pedashh! this is wat i had for my lunch today :D

Bahan:
2 batang keladi - bersihkan dan potong agak dalam 2 ruas jari
3 sudu udang geragau
4 sudu cili kisar
Belacan - sebesar ibu jari
Kunyit hidup - sebesar ibu jari
1 batang serai
Daun kesum
3 keping asam keping
5 cawan air
Garam secukup rasa

Kaedah:
1. Rebus keladi hingga empuk dan toskan
2. Kisar udang, kunyit, belacan dan serai
3. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan tambah air
4. Agak mendidih, masukkan garam, asam keping dan daun kesum
5. Masak dalam 20 minit dan sedia dihidang

Happy cooking ya all! :D

Saturday, January 15, 2011

the miracle of plain water :')

Ouuhh, sebenarnya dah lama nak buat entry ni. tapi selalu tak berkesempatan akibat kesibukan bekerja (alasan)

Hari-hari kita minum air, kan? tak boleh tak minum sebab itu keperluan asas.. ingat waktu belajar subjek PJK kat sekolah dulu? ya incik Maslow yang berjasa dengan segitiganya :')  beliau telah memperkenalkan segitiga itu dimana air dinyatakan sangattttt penting untuk tumbesaran sehat! so dia duduk kat level palingggggg bawah seperti dibawah.
(Tapi yang I paling suka ialah yang ZZZzzZZzz tu.. -_-")



(pic credit to Google)

So, untuk dapat kulit cantik berseri lagi gebbu tulus mulus :B kita kena banyak minum air dalam sehari! Oh, air masak ya..bukan air bergula. Itu ada efek khas lain pulak pada perkembangan dan peningkatan berat T_T  

Antara khasiat air masak yang berjaya digodek on the net ialah:

MENGURUSKAN BADAN -saja buat no. 1 sebab ni paling penting (V_V)
bukan nak provoke, tapi seorang kawan pernah bagitau I dia kurus sebab minum banyak air masak! segala air bergula ditukar dengan air masak! Berat memang turun mendadak... siyes, tak tihpu dia memang kurus sekarang...
one more, tips untuk kurus ialah sebelum korang makan, minum air putih banyak-banyak! sebab korang akan cepat rasa kenyang, dan sikit jelah korang makan :D strategi mengatakan tidak kepada MAKANAN! nyah kau..

PERAWATAN KECANTIKAN :B
ni kedua penting dalam list sebab like I said above, untuk kulit cantik macam Amber Chia, minum 8-9 gelas air. Tapi kadang-kadang tu susah nak buat, kan kan? sebab malas nak pegi isi air dalam botol kat pantry..tak pun terlupa (alasan lame seorang pemalas)

SEMBELIT -_-"
hah, korang tau la apa ini? (gaya bos I cakap)
siyes, sila la minum banyak plain water kalo korang ada masalah tersebut. no harm kan kalau asyik pegi toilet shishi, tapi untuk kesihatan usus besar anda..relakanlah..

MELAMBATKAN TUMBUH ZAT-ZAT PENYEBAB KANKER???
ya..kanser iaitu pembunuh no.1 masyarakat dunia berjiwa kental.. menurut kajian MAKNA lebih 70,000 kes cancer dilaporkan dalam 2 tahun lepas dimana breast cancer is the biggest threat! hoh..takutkan bila mengetahui fakta ini. So, ayuh kita mula minum plain water mulai hari ini!

Banyak lagi khasiat plain water sebenarnya. Wateva pun, kita mesti berazam mulai sekarang untuk mula minum air masak tiap-tiap hari! Dan sebab most of the time kita dipejabat, so rajin-rajin ke pantry isi air dalam botol (bukan curi makan kat pantry..huuu~ ^_^) sebagai penambah semangat anda..hambik haa gambar plain water! ;)



God Bless Us Readers!

Artikel dipetik dari: www.rileks.com/lifestyle/trendz/women



crunchy yet spicy! murtabak mini beraksi! :D

Hai o haii earthlingsss!!! ngeee~

Entry kali ini ialah percubaan membuat murtabak mini.. ya, resepi diambil dari blog rakan kegemaranku our secret little garden :) sebab resepi-resepi diblog ini memang sangat mudah dan simple dibuat (yang penting menjadi) sebab tu I suka refer blog dia (lynn, aku promote blog hang. Kau kena buatkan aku kek marble yang sedap tu)

Anyway, penyediaan inti murtabak ni sama macam nak buat inti karipap. but spesel sikit resepi ni sebab dah siap inti karipap tu, gaulkan dengan telur ayam. Kemudian bungkus petak segi dan gorengkannya!

Bila dah masak.. memang sedap inti dia, padat dan lain dari rasa inti karipap biasa. Ya ya, tau nak buat inti karipap ni memang berjinggut sket sebab nak tunggu dia kering betul-betul tu yang tak tahannzzZZzzzZZ -_-"



Yay!!! ini dia murtabak mini! comey sungguh kau disitu! (V_V)

Like usual, happy cooking mama~ ;)





Wednesday, January 12, 2011

Cair di mulut, tidak ditangan!

Ini untuk menyatakan betapa lembut, rapuh, halus tekstur doh yang telah diuli dan di bakar menjadi Tariff Butter Cookies! Kenapa tariff? Yaaa..sebab kejadian yang telah menyebabkan I bertungkus lumus sehingga demam untuk menyiapkannya! Introducinggg.. T-A-R-I-F-F (gaya cheerleader grup).. amik berkat atas kerja yang telah dibuat ;p

Moving on, biskut ni memang lembut dan halus kandungan (kepada yang dah rasa di ofis-kuh pasti tauhuu) dan amat mudah disediakan. Tak renyah pun.. campur-campur bahan sana sini, suruh mesin pukul sehingga jadi doh, buat laaa jadi bulat-bulat.. amik garfu buat kris-kross.. nak resepi, sila lawati blog ini

Kalau ikut resepi asal, guna 200 gm butter, tapi I letak sebuku butter (250 gm) konon-konon nak kasi lagi berbutter laa.. dah akibat ialah kena la agak-agak tambah tepung gandum dan tepung jagung supaya jadi doh dan tak la lembik naaa.. teehee :)

Ok, inilah dia biskut yang digembar-gemburkan.. Happy Baking Fwens!

Tuesday, January 4, 2011

This is I-N-N-O-V-A-T-I-O-N!

Wah, tajuk entry tamo kalah! mau gempak jugak T_T
Back to story, sebenarnya dah lama I makan kuih yang akan disiarkan sebentar lagi.. siyes memang sedap! rasanya manisssss!! *jakun je kann*

Kuih ni macam ala-ala snack edisi Malaya gitu.. sesuai ditelan oleh kanak tapi bayi tak bleh sbb mereka kurang gigi untuk penghadaman. Jadi bayi kau duduk situ diam-diam. Heppp!!!

Hari tu ada la puan emak cuba buat dengan edisi PEDAS.. tapi tak berapa jadi..kuih sangat hancur dah macam mamee.. T_T  lastly kami adik beradik makan begitu sahaja tanpa dapat menikmatinya seperti sebiji kuih. Ala bedal je lah bukan I yang buat pown..kehcoh! ;p

Dah asyik membebel je.. ni la rupa kuih yang digembar-gemburkan:-


Bepang Bihun beraksi..

Ok, ni resepi untuk buat kuih diatas. Sila rajin salin:-

Bahan-bahan:

1 kg minyak masak
500 gm bihun
400 gm gula merah
200 gm air

Cara-cara:

Goreng bihun sedikit demi sedikit dengan minyak yang panas

Masakkan air bersama gula merah sehingga berbuih (dalam kuali lain)

Masukkan bihun yang telah digoreng dan kacau sebati

Then, terus masukkan dalam acuan dengan segera! (acuan tu kalau dalam loyang pun ok jugak)

Bolehlah dipotong dan simpan dalam bekas supaya tak masuk angin


Ok, itu dia resepinya.. Happy Cooking everyone! :D


Sumber: resepitarifah.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...