Tuesday, January 4, 2011

This is I-N-N-O-V-A-T-I-O-N!

Wah, tajuk entry tamo kalah! mau gempak jugak T_T
Back to story, sebenarnya dah lama I makan kuih yang akan disiarkan sebentar lagi.. siyes memang sedap! rasanya manisssss!! *jakun je kann*

Kuih ni macam ala-ala snack edisi Malaya gitu.. sesuai ditelan oleh kanak tapi bayi tak bleh sbb mereka kurang gigi untuk penghadaman. Jadi bayi kau duduk situ diam-diam. Heppp!!!

Hari tu ada la puan emak cuba buat dengan edisi PEDAS.. tapi tak berapa jadi..kuih sangat hancur dah macam mamee.. T_T  lastly kami adik beradik makan begitu sahaja tanpa dapat menikmatinya seperti sebiji kuih. Ala bedal je lah bukan I yang buat pown..kehcoh! ;p

Dah asyik membebel je.. ni la rupa kuih yang digembar-gemburkan:-


Bepang Bihun beraksi..

Ok, ni resepi untuk buat kuih diatas. Sila rajin salin:-

Bahan-bahan:

1 kg minyak masak
500 gm bihun
400 gm gula merah
200 gm air

Cara-cara:

Goreng bihun sedikit demi sedikit dengan minyak yang panas

Masakkan air bersama gula merah sehingga berbuih (dalam kuali lain)

Masukkan bihun yang telah digoreng dan kacau sebati

Then, terus masukkan dalam acuan dengan segera! (acuan tu kalau dalam loyang pun ok jugak)

Bolehlah dipotong dan simpan dalam bekas supaya tak masuk angin


Ok, itu dia resepinya.. Happy Cooking everyone! :D


Sumber: resepitarifah.blogspot.com

Friday, December 31, 2010

Only Masalod-eh!

Baru-baru ini I ada buat masalodeh (walaupun rupa dah macam cekodok kacang dhal!). Tengok simple je resepi ni dan bahan-bahan cuma chillies (segala macam la..yang hijau, merah, kering) dan beberapa rempah ratus.

Cuma yang kena hati-hati sket masa buat masalodeh ni ialah masa nak letak campuran tepung tu. Mengikut resepi asal, guna tepung ubi sket dan tiada tepung lain yang layak digandingkan dengan beliau T_T. Fungsi tepung ubi tu pun nak kasi adunan melekat dan senang dibentuk.

Apa yang terjadi masa I buat masalodeh ni ialah I blender kacang dhal tu, whereby jadilah 'bancuhan' kacang dhal yang cair giler. Bila dah macam tu, gelabah terus tuang tepung ubi dan tepung gandum untuk bagi adunan kembali pekat.

Isk..isk.. nasihat, korang tak payahlah blender kacang dhal tu, tumbuk kasar sudah sebab kalau adunan tu dah bercampur-campur dengan varieties of tepung, keras nanti masalodeh korang..baling kat dinding tembus kang dinding tu T_T

Anyway, here is the recipe. Selamat mencoba nooo.. teehee..

Bahan-bahan:

200 gram kacang dhal
1/2 biji bawang besar - dadukan
Cili merah, hijau dan cili kering - hiris
3 helai daun kari - hiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk kasar
1 biji telur
Secubit tepung jagung (untuk melekatkan adunan jika adunan lembik)
**Tepung gandum kalau memang dah lembik sangat adunan tu

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan dan bentukkan bulat-bulat macam masalodeh! :B

Haaa..simplekan? Apa lagi, Happy Cooking! Ini masalodeh yang berjaya dibikin! Tapi rupa agak horror. Yang penting selamat dimakan! hehe (:



Sumber: http://myresepi.com

STK,

Thursday, December 30, 2010

Agar-agar Greeny Chendol

Ok ok, first entry adalah untuk agar-agar cendol. Ya, i buat ketika demam tapi jangan risau setakat ni i tak sebarkan virus merbahaya kepada pemangsa (pemakan). Nak buat sumpahlah tak susah mana! I dulu takoottt lah sangat nak masak agar-agar sebab wisau dia tak cair-cair!
*sungguh mistik*

Kaedahnya sangat-amat-sungguh mudah seperti berikut:-

Bahan-bahan:

Untuk lapisan bawah:

500 ml air
180 gm gula pasir 
300 ml santan pekat (belilah yang dalam kotak) 
10 gm agar-agar powder
(tapi i guna agar-agar yang dlm plastik tu je. Gunalah half untuk lapisan bawah dan atas sebab jika byk sangat, keras macam batu pula agar-agar tu)
500 gm cendol (wahhh..lagi banyak lagi sedap woohhh...)
Secubit garam

Untuk lapisan atas:

500 ml air
200 gm gula merah (kalau tak suka manis sgt, kurangkan sikit)
300 ml santan pekat 
10 gm agar-agar powder 
1 biji kuning telur
Secubit garam 

Cara memasak:

Untuk lapisan bawah:

Masak air, agar-agar dan gula hingga mendidih (pastikan agar-agar cair kalau masih ada lagi rupa agar-agar tu, tambah air sikit)

Masukkan santan dan garam (kacau-kacau jangan sampai berketul)

Masukkan cendol. Kacau sikit lagi dan tuang ke dalam loyang

Untuk lapisan atas:

Masak gula merah dengan air dari 500ml tu. Tapiskan air gula setelah ia hancur

Masukkan air gula, baki air dan agar-agar. Masak hingga mendidih

Kacau kuning telur dalam santan dan tuangkan santan dalam adunan

Masukkan garam. Kacau sikit lagi dan tuang ke dalam loyang

Tips:
Tuang adunan lapisan atas, apabila lapisan bawah sudah mengeras sedikit. Tapi jangan masa ia masih cair, tak lekat nanti lapisan atas! Selamat mencuba! :B

Ok ok, ni agar-agar yang aku dah cuba. Sedap wohhh T_T  *kesan dramatis*



It's Totally Food-eh!

Hai! This is my first entry and this blog is All About Food! (melonjak-lonjak kegembiraan sebab peningkatan berat badan bakal mendadak) T_T

Ya, mungkin agak terlewat dah 26 tahun (ya, lagi 4 hari usia ini akan fly away!) baru nak start blaja masak.. hehe but better late then never, kan?!

Anyway, blog ini khas untuk ladies out there yang baru nak cuba belajar masak-masak mcm i.. ngeeee :B

Secara ringkas (sebab i tau ya all tak suka i membebel), blog ini antara lain akan memberi tips-tips masak dan resepi-resepi fuhlamak harapan sedap
-_-" dari chef-chef blogger diluar sana! (: 

I sendiri akan coba dulu resepi-resepi itew dan harap setiap esofagus yang dilalui makanan yang i masak selamat dan tidak beracun..fiewww~ T_T

Anyway, hope we can share recipes and tips here and jangan segan (terpaksa) komen di blog ini ya! Ciou!

STK,




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...