Ok ok, first entry adalah untuk agar-agar cendol. Ya, i buat ketika demam tapi jangan risau setakat ni i tak sebarkan virus merbahaya kepada pemangsa (pemakan). Nak buat sumpahlah tak susah mana! I dulu takoottt lah sangat nak masak agar-agar sebab wisau dia tak cair-cair!
*sungguh mistik*
*sungguh mistik*
Kaedahnya sangat-amat-sungguh mudah seperti berikut:-
Bahan-bahan:
Untuk lapisan bawah:
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat (belilah yang dalam kotak)
10 gm agar-agar powder
(tapi i guna agar-agar yang dlm plastik tu je. Gunalah half untuk lapisan bawah dan atas sebab jika byk sangat, keras macam batu pula agar-agar tu)
500 gm cendol (wahhh..lagi banyak lagi sedap woohhh...)
Secubit garam
Untuk lapisan atas:
500 ml air
200 gm gula merah (kalau tak suka manis sgt, kurangkan sikit)
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur
Secubit garam
Cara memasak:
Untuk lapisan bawah:
Masak air, agar-agar dan gula hingga mendidih (pastikan agar-agar cair kalau masih ada lagi rupa agar-agar tu, tambah air sikit)
Masukkan santan dan garam (kacau-kacau jangan sampai berketul)
Masukkan cendol. Kacau sikit lagi dan tuang ke dalam loyang
Untuk lapisan atas:
Masak gula merah dengan air dari 500ml tu. Tapiskan air gula setelah ia hancur
Masukkan air gula, baki air dan agar-agar. Masak hingga mendidih
Kacau kuning telur dalam santan dan tuangkan santan dalam adunan
Masukkan garam. Kacau sikit lagi dan tuang ke dalam loyang
Tips:
Tuang adunan lapisan atas, apabila lapisan bawah sudah mengeras sedikit. Tapi jangan masa ia masih cair, tak lekat nanti lapisan atas! Selamat mencuba! :B
Ok ok, ni agar-agar yang aku dah cuba. Sedap wohhh T_T *kesan dramatis*


No comments:
Post a Comment